Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bergambar bersama potret lukisan beliau pada majlis perjumpaan beliau bersama Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Parlimen pada Khamis. Hadir sama, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta Datuk Mutang Tagal. Foto Bernama.

Ahli Parlimen, Senator harus beri contoh terbaik jaga sensitiviti 3R

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara harus sentiasa memberi contoh terbaik kepada rakyat dalam menjaga keharmonian perpaduan dan menjaga kesensitifan berkait dengan 3R (bangsa, agama dan institusi Diraja).

Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal berkata perkara ini boleh dilakukan dengan mengamalkan semangat perpaduan, saling menghormati dan toleransi, terutama semasa menjalankan tanggungjawab berbahas di dalam Dewan.

Beliau berkata ia penting kerana pada zaman Internet ketika ini, setiap tingkah laku dan percakapan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara adalah terbuka atau “vulnerable” kepada setiap lapisan rakyat di pelbagai medium media massa traditional serta media baru, tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

“Perkara ini juga telah dititah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-15 yang lepas. Oleh itu, saya amat mengalu-alukan usaha dan komitmen Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menyatukan masyarakat tanpa sebarang prejudis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara bersama dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di bangunan Parlimen pada Khamis.

Turut hadir Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam ucapannya itu, Mutang turut mengucapkan syabas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara kerana rata-ratanya kekal fokus dan produktif sepanjang perbahasan di bulan Ramadan ini.

Sementara itu, Johari berkata semua pihak di Dewan Rakyat termasuk beliau sendiri bersedia untuk menerima teguran dan pandangan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak berhubung usaha memperkukuhkan kedudukan Parlimen Malaysia sebagai badan perundangan tertinggi negara.

Mutang berkata biarpun kini Wan Junaidi tidak lagi menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara, namun pengalaman luas beliau dalam politik serta pentadbiran kerajaan cukup untuk dikongsi dan dicerakinkan untuk pembangunan Parlimen dan negara amnya.

“Melalui pengalaman yang beliau (Wan Junaidi) ada dan digabung pula dengan sifat dinamik Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg), saya juga yakin banyak perubahan akan berlaku di Sarawak bagi membolehkannya menjadi negeri terbaik di Malaysia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan