Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang. Foto TVS

Piagam Harmoni jadi panduan bina negara aman, harmoni – Aaron

ByBernama

PUTRAJAYA, 21 Mac: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia sedang meneliti dan akan mengangkat cadangan Piagam Harmoni, yang mampu menjadi panduan untuk membina negara yang aman dan harmoni.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata piagam itu juga mampu menatijahkan kemakmuran seperti dihasratkan dalam konsep Malaysia MADANI.

Beliau juga menegaskan bahawa tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencetuskan polemik perkauman dan menyentuh sensitiviti agama yang mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar berhati-hati dalam menyatakan sebarang kenyataan atau tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Aaron berkata tindakan sedemikian boleh disabitkan atas kesalahan di bawah undang-undang yang berkenaan seperti Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata semua pihak disaran menyebarluas prinsip asas integrasi nasional iaitu faham, hormat dan terima yang merupakan prinsip asas dalam memupuk keharmonian dan kepelbagaian dalam masyarakat.

Rukun Negara, katanya adalah prinsip asas yang sepatutnya menjadi panduan bagi pembinaan serta pemeliharaan keharmonian di Malaysia.

Menurut Aaron beliau turut menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang melakukan kesalahan supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan