Search
Close this search box.
Datuk Mas Ermieyati Shamsudin bersama ahli PAC mengadakan sidang media berhubung Laporan Pengurusan Naik Taraf dan Pembangunan Semula Bangunan Daif Sekolah KPM, JKR Malaysia, JKR Sarawak dan JKR Sabah. Foto, Alex Teo (TVS).

Parlimen: Sekolah daif tidak dibaik pulih selepas 12 tahun disyorkan – PAC

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan terdapat bangunan sekolah daif yang sudah 12 tahun disyorkan sebagai tidak sesuai digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak diambil tindakan penambahbaikan.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu berlaku kerana faktor kekangan kewangan yang menyebabkan Kementerian Pendidikan (KPM) terpaksa memilih sekolah yang mengalami kerosakan lebih kritikal.

Tambah beliau, PAC juga mendapati berlaku kelewatan proses permohonan projek sekolah daif oleh KPM yang menyebabkan Notis Perubahan dikeluarkan apabila kerosakan itu bertambah teruk.

“Hari ini PAC membentangkan Laporan Pengurusan Naik Taraf dan Pembangunan Semula Bangunan Daif Sekolah KPM, JKR Malaysia, JKR Sarawak dan JKR Sabah.

“Laporan ini dibentangkan selepas PAC selesai mengadakan prosiding pada 17 Januari 2024 dengan memanggil saksi-saksi termasuk Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Badioezaman Ab. Khalik, Timbalan Pengarah Infrastruktur JKR Sarawak, Dr. Cassidy Anak Morris dan Petrocelli Joseph yang merupakan Ketua Penolong Pengarah JKR Sabah.

“Dalam melengkapi prosiding ini, PAC melawat empat buah sekolah di Sarawak pada 5 Februari 2024 iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Supok dan SK Nanga Grenjang di Saratok serta SK Serabang dan SK Paku Central di Betong,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Berikutan penemuan berkata Mas Ermieyati berkata, PAC memberi tempoh selama dua bulan kepada KPM untuk melaksanakan empat syor perkara yang telah ditetapkan bagi usaha naik taraf bangunan daif sekolah di seluruh negara.

“KPM perlu melancarkan program sifar bangunan sekolah daif seluruh negara selaras dengan komitmennya untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif bagi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) di sekolah.

“KPM juga harus meningkatkan perancangan dalam pelaksanaan program penyelenggaraan sekolah-sekolah bagi mengurangkan kebarangkalian sekolah berkenaan dikategorikan sebagai sekolah daif.

“Ketiga, KPM perlu memantapkan kaedah pengurusan projek melalui Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian secara berterusan bagi memastikan semua projek yang dirancang siap mengikut jadual,” katanya.

Tambah beliau, Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Semula Bangunan Daif di sekolah yang dipengerusikan oleh KPM perlu diperkasakan supaya lebih efektif menangani isu sekolah daif. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan