Search
Close this search box.
Datuk Hussein Omar Khan berkata polis menerima laporan daripada pengawal keselamatan berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000. Foto Polis Selangor (FB)

Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik

ByBernama

PETALING JAYA, 21 Mac: Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini pagi semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan berusia 30-an itu semalam berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana pada 8 pagi.

Milik siapa wang ini? | TVS

Beliau berkata pemeriksaan polis mendapati bagasi itu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 dan dipercayai tulen, bagaimanapun polis akan mendapatkan pengesahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Hussein, pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu, namun tidak meliputi lokasi bagasi ditemukan.

“Susulan itu, kita membuka kertas enkuiri polis berkaitan penemuan wang berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hussien meminta mana-mana individu yang tertinggal bagasi berisi wang berkenaan tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-7966 2222 dengan membawa bukti-bukti berkaitan.

“Jika tiada mana-mana kndividu yang menuntut wang ini, kita akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan