Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan Sumbangsih Raya 2024 kepada wakil daripada salah sebuah agensi pasukan keselamatan dan penguatkuasaan di negeri ini. Foto TVS

Sumbangsih Raya 2024: Premier Sarawak serah kepada pasukan keselamatan, penguatkuasaan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 19 Mar: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan Sumbangsih Raya 2024 kepada 11 agensi pasukan keselamatan dan penguatkuasaan di negeri ini.

Beliau berkata sumbangan berkenaan merupakan tanda penghargaan Kerajaan Sarawak kepada para anggota yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Pada Hari Raya Aidilfitri nanti, kita juga mahu mereka yang bertugas untuk turut bergembira meskipun jauh di perantauan sama ada di laut mahupun darat.

“Oleh itu, kerajaan negeri menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti memberi peruntukan khas untuk menjayakan program ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2024 di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Sebanyak 12,000 kotak sumbangan kuih raya diagihkan kepada agensi-agensi penerima termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

Turut hadir, isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Dato Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Sumbangsih Raya 2024 merupakan program tahunan Kerajaan Sarawak bagi menzahirkan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada para anggota keselamatan dan penguatkuasaan yang bertugas demi kepentingan nusa dan bangsa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan