Search
Close this search box.
Rabies semakin berleluasa di Sarawak dengan statistik menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan haiwan yang positif adalah sebanyak 123 ekor pada 4 Mac 2024. Foto TVS

Sarawak perlu ambil langkah berterusan tangani rabies

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 20 Mac: Sarawak perlu mengambil langkah berterusan menangani kęs rabies berikutan peningkatan kes itu dari semasa ke semasa, kata Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Datu Dr. Adrian Susin Ambud.

Katanya, jumlah keseluruhan haiwan yang positif rabies ialah sebanyak 123 ekor pada 4 Mac 2024, dengan empat bahagian dan 35 kawasan di Sarawak telah diisytiharkan sebagai kawasan infeksi rabies.

“Kuching, Samarahan, Serian, dan Bintulu diisytiharkan sebagai bahágian paling tinggi haiwan dijangkiti rabies dan 35 kawasan lainnya; Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Miri (9) dan Limbang (2),” katanya ketika sidang media Pelancaran Persidangan Rabies Borneo 2024 (RIB 2024) hari ini.

Bertemakan ‘Bersama Menentang Rabies: Melindungi Haiwan, Menegakkan Undang-Undang, Melibatkan Komuniti’ persidangan itu akan diadakan dari 30 September hingga 1 Oktober 2024 di Hotel Imperial Kuching.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Place Borneo, Mona Abdul Manap menambah bahawa RIB 2024 merupakan platform penting yang mana pakar dan pihak berkepentingan bertemu untuk menangani cabaran yang ditimbulkan oleh penyakit ini.

“Kami akan meneruskan persidangan ini jika isu rabies ini masih berleluasa dan membawa ancaman kepada komuniti kami,” ujarnya.

RIB 2024 membawa setiap agensi, organisasi, dan pihak berkepentingan yang relevan untuk turut serta secara aktif dan memberikan sumbangan kepada usaha bersama dalam memerangi rabies di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan