Search
Close this search box.
Sarawak mengorak langkah dalam penerokaan tenaga hijau sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Foto hiasan Envato

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara pelaburan jangka masa panjang

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 20 Mac: Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) merupakan pelaburan jangka masa panjang demi masa depan negara, kata Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengkomersilan), Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr. Evan Lau Poh Hock.

Menurutnya, walaupun inisiatif yang sedang dilaksanakan kerajaan kini melibatkan perbelanjaan besar negara, namun institusi kewangan perlu melihat hasil yang bakal diraih negara pada masa hadapan.

Profesor Dr. Evan Lau Poh Hock

“Pelan ini bukanlah sesingkat ceramah di kedai kopi, tetapi ini adalah sesuatu yang harus dimulakan sekarang dan inilah yang kerajaan sedang lakukan.

“Bergerak ke hadapan, mungkin yang terdekat kita boleh lihat hasilnya adalah pada tahun 2030 atau dalam bahagian kedua selepas tahun 2030,” katanya ketika dihubungi TVS.

Menurut pakar ekonomi tersebut, fasa pertama NETR yang disasarkan sehingga tahun 2025 itu pasti akan melibatkan negeri-negeri lain di dalam Malaysia selain Sarawak yang telah mengorak langkah menuju ke arah peralihan tenaga yang lebih kompetitif dan mampan menerusi projek hidrogen di negeri ini.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan untuk mengenal pasti kekuatan yang ada pada setiap negeri sama ada dari sudut sumber tenaga dan ekonomi dalam usaha melaksanakan inisiatif peralihan tenaga tersebut.

“Mereka perlu mengenal pasti apakah kekuatan negeri-negeri ini dari segi peralihan kepada tenaga hijau. Dari situ kita boleh meningkatkannya tidak kira kecil atau besar sesebuah negeri tersebut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan