Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung bercakap kepada wartawan TVS, Odleen Catherny mengenai sokongan perbankan untuk jayakan NETR. Foto, Alex Teo (TVS).

Parlimen: Sistem perbankan perlu main peranan sokong NETR

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Sistem perbankan perlu memainkan peranan bagi menyokong aspirasi kerajaan menjayakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, Bank Negara Malaysia (BNM) telah membangunkan rangka kerja sebagai panduan untuk industri bagi membina daya tahan iklim serta keupayaan menyumbang ke arah peralihan tenaga.

Putrajaya wajar sokong Sarawak jadi pengeksport tenaga boleh diperbaharui – Ahli Parlimen Petaling Jaya

“Saya difahamkan BNM telah mengeluarkan taksonomi, satu buku untuk memperincikan bagaimana sistem perbankan boleh menyokong aspirasi NETR.

“Ini kerana aspek pembiayaan pinjaman atau green bond penting supaya bank dapat menunjukkan sokongan mereka kepada usaha berkenaan dengan lebih ketara,” katanya kepada TVS di Parlimen.

Kerajaan Persekutuan pada tahun lepas melancarkan NETR Fasa Pertama dengan memperkenalkan 10 inisiatif pemangkin meluas yang akan membuka peluang pelaburan antara RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050.

NETR akan membantu mengubah ekonomi negara dengan membuka usaha sama menguntungkan yang juga baik untuk alam sekitar dan ekonomi.

Tambah Chean Chung, sokongan sistem perbankan akan memberi impak besar kepada pemain industri berkaitan.

“Saya yakin NETR boleh dilaksanakan di setiap negeri dan wilayah di Malaysia dengan rancak mengikut rentak masing – masing, kelebihan serta keperluan yang berbeza bagi setiap kawasan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan