Search
Close this search box.
Datuk Hanifah Hajar Tun Abdul Taib berhujah pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama.

Parlimen: Lebih 6 juta daftar PADU setakat semalam

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Pendaftaran dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tidak diwajibkan namun kerajaan menggalakkan warganegara berumur 18 tahun ke atas berbuat demikian.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, sehingga semalam hampir 6.03 juta atau 27.4 peratus telah mengemas kini maklumat mereka.

“Terdapat kemungkinan individu yang tidak melakukannya akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (Gabungan Parti Sarawak – Batang Lupar) yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan alternatif bagi individu yang tidak mendaftar dalam PADU atas pelbagai sebab serta jaminan bahawa mereka tidak akan ketinggalan mendapatkan bantuan kerajaan.

Mengulas lanjut, Hanifah Hajar memaklumkan, sebarang penilaian dan proses menambah baik akan dilaksanakan selepas pendaftaran selesai pada 31 Mac ini.

“Kaedah alternatif yang boleh digunakan adalah melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) yang terdapat dalam PADU.

“Ini bagi membentuk data yang komprehensif mengikut individu dan isi rumah,” katanya.

Beliau menjelaskan sehingga 12 Mac 2024, PADU telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan