Search
Close this search box.
Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada Jun hingga Ogos 2024. Foto, Envato.

Parlimen: Kerajaan tidak paksa syarikat swasta laksana Dasar Gaji Progresif

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kerajaan tidak akan memaksa syarikat swasta terlibat dalam pelaksanaan Dasar Gaji Progresif kerana ia bersifat sukarela.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, tiga ciri asas dasar berkenaan membawa kepada inisiatif untuk menambah pengetahuan syarikat.

“Seperti yang telah dimaklumkan pada Sidang Parlimen yang lepas, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada Jun hingga Ogos 2024.

“Penilaian impak projek rintis pula akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum pelaksanaan Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh diputuskan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Barisan Nasional – Kalabakan) yang bertanya sekiranya kerajaan ada perancangan untuk memaksa syarikat swasta mendaftar dan sekiranya enggan, apakah tindakan yang akan diambil.

Mengenai tindakan pula, beliau menjelaskan, tiada tindakan perlu diambil kerana tiada paksaan untuk mana-mana syarikat tersebut mendaftar kepada dasar berkenaan.

Mengulas lanjut, Hanifah memberitahu Dasar Gaji Progresif diperkenalkan untuk mereformasi struktur gaji pekerja di Malaysia.

“Ia juga bertindak sebagai pelengkap kepada dasar-dasar sedia ada iaitu, Dasar Gaji Minimum serta Sistem Upah Berdasarkan Prestasi (PLWS).

“Tujuan utama Dasar Gaji Progresif adalah meningkatkan gaji pekerja sektor swasta secara sistematik bagi membolehkan ekonomi negara maju ke rantaian nilai yang lebih tinggi selaras dengan salah satu daripada 17 Anjakan Besar Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu, Ketersediaan Bakat Masa Hadapan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada Jun hingga Ogos tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan