Search
Close this search box.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang empat meter di sebuah rumah penduduk di Kampung Batu 2, Sungai Pau di sini semalam. Foto APM Daerah Sik

King Cobra ‘termenung’ di bilik air

ByTVS

SIK, 20 Mac: Kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter yang berlingkar di dalam bilik air mengejutkan seorang penghuni sebuah rumah di Kampung Batu 2, Sungai Pau di sini pada Selasa.

Kejadian itu disedari penghuni tersebut ketika mahu menggunakan bilik air berkenaan sebelum membuat panggilan kecemasan pada pukul 10.22 malam.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik, Lt. (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pasukannya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap reptilia berbisa itu setelah ia cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam rekahan dinding rumah.

“Ular jenis King Cobra itu berjaya ditangkap dengan peralatan khas dan dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Sik.

“Orang awam juga diminta terus peka dan sentiasa waspada berikutan cuaca panas yang boleh mengundang reptilia berbisa untuk tumpang berteduh di kediaman terutama di bilik air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, orang awam diminta menghubungi APM Sik di talian 04-469 8221 jika terdapat sebarang kes kecemasan di kawasan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan