Search
Close this search box.
Dato Paulus Palu Gumbang ketika melakukan penyerahan Rumah Bantuan Ehsan Kebakaran kepada Zainun Injan. Foto TVS

Kemarau: Bantuan air minuman diagih kepada penduduk Limbang

LIMBANG, 20 Mac: Beberapa buah rumah panjang di Limbang menerima bantuan air minuman bersih susulan kemarau berlaku di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang berkata bantuan itu telah diagihkan awatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Paulus memberitahu bantuan berkenaan akan diagihkan secara berterusan sehingga bekalan air pulih di kawasan mereka.

“Disebabkan kemarau yang begitu panjang, air graviti yang menjadi sumber air bagi penduduk rumah panjang mengalami kekurangan.

“Jadi memang ada rumah-rumah panjang mengalami kekurangan air bukan saja untuk makan dan minum, malahan juga untuk mandi dan kegunaan harian,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Simbolik Penyerahan Rumah Bantuan Ehsan Kebakaran di Kampung Limpasong, di Limbang hari ini.

Beliau dalam pada itu berharap pengagihan bantuan air minuman itu dapat menangani kesulitan yang dihadapi penduduk di beberapa kawasan dan rumah panjang di kawasan pedalaman di konstituensi Batu Danau yang terjejas akibat kemarau.

Katanya dengan bantuan air minuman itu ia dapat menampung keperluan makan dan minum mereka.

Paulus berkata, air sungai boleh digunakan untuk mandi dan membasuh, tetapi untuk minum dan memasak, mereka memerlukan bantuan kerana air hujan yang disimpan dalam tangki sudah kehabisan akibat kemarau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan