Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta bercakap kepada TVS di Parlimen hari ini. Foto, Alex Teo (TVS).

Jawatankuasa Penyelaras PETRA mampu percepat pembinaan tiga loji air di Selangau

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Sarawak merupakan langkah tepat bagi memastikan projek kementerian itu dapat dilaksanakan dengan baik.

Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta berkata, ini kerana sektor air dan tenaga merupakan perkara yang cukup signifikan di Sarawak.

Beliau yakin jawatankuasa berkenaan akan dapat membantu dalam membuat perancangan serta pemantauan yang lebih sistematik.

“Sebagai contoh, di Selangau ada tiga projek loji air iaitu di Stapang, Selangau dan Sangan yang diumumkan pada 2016 namun masih belum dilaksanakan hingga hari ini.

“Pada sidang parlimen tahun lepas, saya dimaklumkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ketiga-tiga projek itu masih di peringkat akhir sebelum tender dikeluarkan,” katanya kepada TVS hari ini.

Semalam PETRA mengumumkan akan menubuhkan jawatankuasa itu di Sarawak bagi memastikan program serta projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, cadangan itu juga telah dipersetujui oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas lanjut, Edwin berkata PETRA melalui jawatankuasa penyelaras itu turut dapat melihat perkembangan projek berkenaan yang sehingga kini dinanti-nantikan oleh penduduk tempatan.

“Saya optimis Timbalan Perdana Menteri yang juga menteri bertanggungjawab menjaga PETRA dapat memperhalusi perkara ini sekali gus mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi membolehkan projek ini menjadi kenyataan,” jelasnya.

Tambahnya, rakyat di Selangau memerlukan bekalan air bersih dan projek berkenaan sekiranya dilaksanakan dalam masa terdekat akan memberi sinar baharu kepada mereka. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan