Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melakukan "flag off" untuk program Ihya’ Ramadan AKYBMS di perkarangan Wisma Sumber Alam di Kuching pada Rabu. Foto TVS.

Ihya’ Ramadan AKYBMS kunjungi kampung dari Kuching ke Simunjan

KUCHING, 19 Mac: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) menyantuni golongan asnaf pada tahun ini dengan berkunjung ke beberapa buah kampung di sekitar Kuching hingga ke Simunjan.

Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr Sanib Said berkata aktiviti tahunan yang memasuki tahun kelima itu diadakan dengan menyalurkan bantuan keenam buah kampung berlainan lokasi dan daerah di sini.

Menurutnya, program berkenaan bertujuan untuk pihak AKYBMS membantu masyarakat yang kurang berkemampuan agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan selesa.

“Pada tahun ini kami mengagihkan setiap kampung kepada 35 orang asnaf iaitu antaranya ialah kita dah pergi semalam kami dah pergi ke Kampung Gumpey Simunjan dan Kampung Sageng Simunjan.

“Hari ini kita akan pergi Kampung Gita Laut dan Kampung Kudei dan besok kita akan pergi ke Maahad Tahfiz Raudatul Jannah dan Kampung Selang Ulu Kuching dan juga di Bandar Baru Samariang di Surau Umar Khatab,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis “Flag Off” Program Ihya’ Ramadan AKYBMS di perkarangan Wisma Sumber Alam di Kuching pada Rabu.

Terdahulu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyempurnakan simbolik ‘flag off’ untuk program berkenaan.

Untuk rekod, pada 19 Mac, AKYBMS telah berkunjung ke Kampung Gumpey dan Kampung Sageng, di Simunjan bagi menyerahkan sebanyak 70 bakul makanan untuk disalurkan kepada golongan asnaf-asnaf di dua kampung tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan