Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan projek tersebut dijangka siap pada tahun 2026 yang melibatkan penduduk di dua buah kampung. Foto TVS

Fasa kedua projek Darul Hana dijangka siap 2026 – Abang Johari

ByYusuf Shukri

KUCHING, 20 Mac: Fasa kedua projek penempatan semula Darul Hana yang sedang giat dijalankan dijangka siap pada tahun 2026, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, projek tersebut melibatkan penduduk di dua buah kampung iaitu Kampung Panglima Seman Ulu dan Kampung Pulo Hilir.

“Seramai 200 orang keluarga akan ditempatkan di penempatan baharu ini yang sedang dibangunkan di Sungai Bedaun di tanah seluas 56 ekar,” katanya selepas menghadiri Majlis Iftar Darul Hana 2024 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam ini.

Tambahnya lagi, perpindahan penuh penduduk dari Kampung Seberang Hilir akan mengambil masa lebih lama lagi selepas satu lagi penempatan baharu dibangunkan.

“Kita sedang mengenal pasti kawasan yang berdekatan dengan Kampung Sungai Bedaun untuk membangunkan lagi fasa Projek Darul Hana yang seterusnya dan ini adalah untuk menempatkan keluarga besar pemilik rumah di kampung terlibat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan