Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang. Foto fail TVS

Bengkel hala tuju MITRA pacu hala tuju masyarakat India – Aaron

ByMuqri Aziz

PUTRAJAYA, 20 Mac: Bengkel Hala Tuju Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) akan menyelaras semula pelan hala tuju agensi itu dalam memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat India di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang mahu golongan ahli akademik serta tokoh korporat turut terlibat dalam MITRA.

Menurutnya penglibatan mereka amat penting bagi menyelesaikan masalah dalam masyarakat seperti pembasmian kemiskinan, pengangguran, pendidikan, ekonomi, kebajikan, dan kesejahteraan hidup.

“Sebelum kita memulakan aktiviti serta memperkenalkan inisiatif melalui MITRA, perlunya kita adakan satu bengkel dan sehubungan itu kita melantik firma perunding PEMANDU sebagai konsultan bagi menghasilkan satu hala tuju yang lebih realistik dan berfokus.

“Pada masa sama, penglibatan ramai peserta daripada kalangan ahli-ahli akademik, tokoh-tokoh korporat serta badan-badan bukan kerajaan yang mana mereka berkongsi maklumat serta sejarah MITRA dapat membantu PEMANDU untuk menghasilkan satu hala tuju yang jelas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Hala Tuju MITRA di Dewan Damar Sari di Putrajaya hari ini.

Tambah beliau, agenda transformasi MITRA memerlukan program inovatif untuk pertumbuhan ekonomi masyarakat India dan akan memberikan perhatian khusus dalam pembangunan modal insan, keusahawanan dan kerjaya, serta pembangunan sosial dan kebajikan.

Beliau juga turut menyatakan komitmen bahawa kementeriannya melalui Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa akan memantau sepenuhnya pelaksanaan strategik dan inisiatif yang dirancang bagi menambah baik kualiti hidup masyarakat India.

Tegas Aaron, dakwaan tentang PEMANDU menguruskan pengagihan bantuan kewangan MITRA adalah tidak benar kerana sebarang kelulusan dan agihan peruntukan yang terlibat akan dibuat melalui Jawatankuasa Penilai KPN yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.

Bengkel Hala Tuju MITRA yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat ini serta menyaksikan hari terakhir bengkel tersebut akan disertai oleh pemimpin-pemimpin parti politik seterusnya satu sesi libat urus bersama semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbangsa India pada 27 Mac 2024 di Parlimen Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan