Search
Close this search box.
Penjagaan dihadapan ibu pejabat KPU di Jakarta dipertingkatkan jelang pengumuman hasil PEMILU 2024 pada hari ini. Foto David Andreas (TVS)

3,055 pasukan keselamatan dikerah menjelang pengumuman hasil PEMILU Indonesia

ByTVS

JAKARTA, 20 Mac: Sekurang-kurangnya 3,055 pasukan keselamatan terdiri daripada Polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dikerahkan pada hari pengumuman hasil Pilihan Raya Umum (PEMILU) Indonesia hari ini.

Keseluruhan pasukan itu dikerah menjaga keselamatan menjelang penentuan keputusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) di mana hari ini merupakan hari terakhir pengiraan selepas ia berlangsung sejak 35 hari lalu.

Ketua Pesuruhjaya Polis Jakarta Pusat Susatyo Purnomo Condro berkata, penjagaan ditingkatkan untuk mengamankan demonstrasi yang dirancang berlangsung di hadapan pejabat KPU dan Dewan Rakyat DPR-MPR.

“Berdasarkan laporan bahawa akan ada demonstrasi oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilu hari ini, bagi memastikan tindakan hari ini berlangsung selamat kita telah menempatkan pasukan di beberapa lokasi potensi demonstrasi itu,” katanya.

Beliau mendedahkan setidaknya 1,910 pasukan akan ditempatkan di pejabat KPU manakala 1,145 akan ditempatkan di bangunan Parlimen.

Orang ramai juga diminta mengelak kawasan berhampiran bagi memastikan keselamatan mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan