Search
Close this search box.
Datuk Seri Azalina Othman Said pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Bernama.

Parlimen: Situasi tegang tercetus sebelum RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing diluluskan

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Rang Undang – Undang (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Suasana tegang tercetus sebelum itu ketika penggulungan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Perikatan Nasional – Larut), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Perikatan Nasional – Kota Bharu) dan Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (PN – Putrajaya) antara yang bangun mencelah dan meminta perkara itu diteliti bagi memastikan kedaulatan negara tidak dipersoalkan pada masa akan datang.

Azalina menjelaskan, kuasa Perdana Menteri mengikut Fasal 30, 32 dan 33 RUU berkenaan adalah terhad untuk menarik balik, mengecualikan dan membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan kekebalan yang diberikan kepada negara asing sahaja tanpa menyentuh apa-apa kekebalan berhubung dengan ketua kerajaan atau ketua negara.

“RUU ini bertujuan untuk mengawal selia kekebalan yang diberikan kepada sesuatu negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan sesuatu negara daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

“Penarikan kekebalan yang telah diberikan kepada sesuatu negara asing merupakan tindak balas berbangkit sekiranya Malaysia tidak diberikan kekebalan yang setanding dengan kekebalan yang diberikan kepada negara asing terbabit,” katanya.

Tambah Azalina, Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Kekebalan Negara Asing yang dianggotai oleh 12 ahli Majlis yang lain telah diberikan mandat untuk mempertimbangkan dan memutuskan secara kolektif mengenai perkara ini yang bersifat teknikal dan operasi yang lebih sesuai dijalankan oleh pihak eksekutif.

Oleh yang demikian kata beliau ia bukan suatu keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri secara bersendirian.

Tambah Azalina, RUU berkenaan juga telah dipersembahkan dan memperolehi perkenaan Majlis Raja – Raja pada 25 dan 26 Oktober 2023 selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan