Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Miss Secretary Malaysia 2024: Rai kesaksamaan jantina, perkasa wanita

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 19 Mac: Pertandingan Ratu Cantik Miss Secretary Malaysia 2024 menjadi platform terbaik untuk meraikan serta menaikkan semangat warga dunia korporat iaitu para setiausaha dan pembantu peribadi.

Bertemakan ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian: Memperkasakan Wanita dalam Dunia Korporat’ edisi kali ini menampilkan kesaksamaan jantina serta pemerkasaan wanita menjadi tumpuan utama.

Penganjurnya,  RosaRiusCita dalam satu kenyataan hari ini berkata pertandingan itu bertujuan untuk membuktikan golongan wanita moden masa kini berupaya membuktikan keberanian mereka melepasi batasan pencapaian dalam dunia korporat.

“Peranan setiausaha dan pembantu peribadi kekal penting sebagai penyumbang kepada kejayaan korporat,” katanya.

Selain itu katanya, sesuai dengan tema pertandingan tersebut turut meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia serta mengetengahkan peranan penting wanita dalam memupuk perpaduan, inovasi dan kemajuan dalam persekitaran korporat.

Tema tersebut diyakini akan mempamerkan kekuatan, daya tahan dan semangat kolektif wanita-wanita Malaysia, menggalakkan persefahaman silang budaya, kerjasama dalam pengurusan korporat dan pertumbuhan inklusif untuk semua.

Pendaftaran kini dibuka sehingga 31 Mac 2024 dan terbuka kepada individu yang berminat dan bekerja sebagai setiausaha atau pembantu peribadi di mana-mana organisasi serta berusia 25 tahun dan ke atas.

Acara separuh akhir dijadual berlangsung selama sehari merangkumi bengkel petua kecantikan, sesi bimbingan, ceramah motivasi, dan penghargaan di mana peserta akan menerima sijil penyertaan dan baucar spa atau alat solek percuma bernilai RM500.

Para peserta yang terpilih ke peringkat separuh akhir akan menyertai acara tersebut pada 20 April 2024, di HRC SkyLounge, NuSentral Mall di KL Sentral.

Seramai 15 finalis akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir yang dijadual berlangsung pada 28 April 2024, di Havana Dining NuSentral Mall. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan