Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar helikopter jenis AW139 kendalian agensi itu melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, pada 5 Mac lepas. Foto tular media sosial.

Insiden Pulau Angsa: APMM masih siasat punca kejadian

ByBernama

KLANG, 19 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar helikopter jenis AW139 kendalian agensi itu melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, pada 5 Mac lepas.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata pencarian kotak hitam pesawat berkenaan diteruskan di lokasi kejadian bagi mengumpul lebih banyak bukti berkaitan punca kemalangan berkenaan.

“Tadi saya bersama pengurusan berbincang mengenai perkara iaitu kita juga masih teruskan pencarian kotak hitam.

“Siasatan masih berjalan, apabila semua sudah selesai kami akan maklumkan untuk hebahan di media,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Khas Pagar Laut di sini semalam.

Beliau mengulas perkembangan siasatan insiden helikopter jenis AW139 melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa pada 9.55 pagi namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pesawat yang diterbangkan oleh Left Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria turut disertai Left Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

Sementara itu, Hamid berkata kesemua kru pesawat yang terbabit insiden itu telah kembali bertugas seperti biasa minggu lepas.

Beliau berkata kesemua mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan disahkan insiden itu tidak mendatangkan impak yang besar terhadap kesihatan mereka.

“Impak kemalangan kepada mereka tidak begitu teruk dan selepas berehat mereka telah kembali bertugas dengan lebih bersemangat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan