Search
Close this search box.
Ketua Polis Johor, Kimisioner M Kumar bercakap pada sidang media di Tapak Bazar Ramadan Plaza Angsana hari ini. Foto Bernama

Enam individu diambil keterangan, bantu siasatan kes ibu kelar anak

ByBernama

JOHOR BAHRU, 19 Mac: Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Kimisioner M Kumar berkata, individu tersebut termasuk suami, ahli keluarga dan jiran telah memberikan kerjasama yang baik dalam siasatan kematian kanak-kanak berusia setahun enam bulan itu.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan lengkap berkaitan tahap kesihatan wanita berusia 32 tahun, tersebut untuk mengetahui sama ada individu itu mempunyai masalah mental.

“Siasatan awal mendapati, memang wanita tersebut ada rekod kesihatan tetapi kita masih menunggu laporan penuh dari pihak hospital.

“Wanita terbabit sekarang ini (dalam tahanan reman) di Hospital Permai, Tampoi dan turut menjalani rawatan sebab ada sedikit kecederaan tetapi, setakat ini dia memberikan kerjasama,” katanya pada sidang media selepas meninjau Tapak Bazar Ramadan Plaza Angsana di sini hari ini.

Kumar berkata, motif kes tersebut masih dalam siasatan.

Wanita tersebut direman tujuh hari di Hospital Permai di sini, bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut turut menghantar gambar anaknya yang telah dikelar kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan