Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama pihak terlibat Majlis Pelancaran WAK 2024 CPF hari ini. Foto Izzah Kamilah (TVS)

WAK 2024 bakal menampilkan festival mini di Miri dan Sibu

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 18 Mac: Edisi keenam bagi What About Kuching (WAK 2024) bakal menampilkan festival mini di Miri dan Sibu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, festival mini tersebut bakal berlangsung pada Jun dan Ogos ini.

“Ini akan memperluas dan memperkasakan lagi kepada komuniti kreatif di tengah dan utara Sarawak.

“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memanggil semua komuniti kreatif dari semua penjuru Sarawak untuk memanfaatkan peluang ini dan mengambil bahagian dalam WAK tahun ini dan mengemukakan cadangan mereka,” katanya ketika sidang media pelancaran WAK 2024 Call For Proposal di sini, hari ini.

Dalam masa sama beliau berkata, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) akan terus memberikan sokongan yang penuh kepada WAK dalam menjayakan acara tahunan ini.

WAK merupakan festival seni, budaya dan gaya hidup yang menampilkan acara dari pelbagai genre dan diadakan setiap tahun pada bulan Oktober di Kuching dengan misi meraikan seni, budaya dan gaya hidup kepada pengunjung dalam mahupun luar Sarawak sekali gus dalam mewujudkan apresiasi dan memberi sokongan kepada masyarakat tempatan.

Mereka yang berminat dalam menganjurkan acara dalam WAK 2024 boleh menghantar kertas cadangan mereka melalui www.whatboutkuching.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan