Search
Close this search box.
Foto pelumba basikal dari Itali, Neri Sottoli-Selle yang memenangi peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi edisi 2019 melibatkan laluan Pantai Cenang. Foto AFP

Selepas empat tahun, LTDL 2024 kembali ke Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 18 Mac: PETRONAS Le Tour De Langkawi 2024 (LTDL 2024) yang bakal berlangsung pada September tahun ini menyaksikan Sarawak disenarai kembali sebagai salah satu lokasi peringkat laluan perlumbaan melibatkan dua bandar di zon utara negeri ini.

Edisi ke-28 perlumbaan berbasikal paling berprestij di benua Asia itu yang dijadualkan berlangsung dari 29 September sehingga 6 Oktober 2024 menyaksikan para pelumba profesional basikal dari serata dunia bakal menempuhi laluan melibatkan Miri dan Bintulu.

Bagi peringkat Miri ke Bintulu, ia meliputi laluan sejauh 199.3 kilometer, manakala perlumbaan penutup di Bintulu pula menyaksikan para peserta perlu menempuhi jarak sejauh 166.8km.

Keseluruhan 11 negeri akan menjadi hos pelepasan dan penamat untuk PETRONAS LTDL 2024 kali ini dengan Pulau Legenda, Langkawi turut kembali tersenarai dalam laluan perlumbaan.

Menurut pihak penganjur, tiga pasukan berbasikal negara dijangka menyertai perlumbaan kali ini iaitu Pasukan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Malaysia Professional Cycling (MPC).

Untuk rekod, kali terakhir Sarawak tersenarai dalam perlumbaan berprestij itu adalah pada edisi 2020 dengan Kuching menjadi laluan perlumbaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan