Search
Close this search box.
Isu pembangunan tidak seimbang Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia terus dibangkitkan di Dewan Negara hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Sabah, Sarawak antara penyumbang utama ekonomi namun jurang pembangunan masih ketara

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Sabah dan Sarawak diakui sebagai antara penyumbang utama kepada ekonomi negara namun jurang pembangunan di kedua-dua wilayah itu dengan Semenanjung Malaysia masih ketara.

Sehubungan itu Ahli Dewan Negara, Senator Micheal Mujah Lihan menggesa Kerajaan Persekutuan mencari langkah yang lebih mendalam bagi menyelesaikan isu berkaitan.

Kata beliau ini bagi mencapai sasaran pembangunan menyeluruh yang ditetapkan.

“Antaranya pembangunan infrastruktur yang melibatkan jalan raya, sekolah dan klinik di Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia ,”katanya pada Sidang Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, beliau turut membangkitkan kepentingan menarik pelaburan asing ke Malaysia dengan mencadangkan beberapa pendekatan.

Menurut Micheal Mujah ini termasuklah pengecualian cukai, bantuan kewangan dan penambahbaikan infrastruktur.

“Kerajaan juga perlu menyokong Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan mewujudkan persekitaran yang membolehkan inovasi, penggunaan teknologi baharu dalam pelbagai sektor ekonomi,” katanya.

Satu lagi sektor yang tidak boleh diabaikan kata beliau ialah penekanan kepada ekonomi digital.

“Penggalakkan mesti diteruskan dengan menyokong usahawan tempatan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk mencipta peluang baharu sekali gus memperluaskan pasaran eksport,” katanya.

Tambah Michael Mujah, sistem perbankan dan kewangan negara juga perlu stabil untuk menyokong aktviti perniagaan dan pelaburan. -tvs

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan