Search
Close this search box.
Polis menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam satu kes pergaduhan di hadapan sebuah premis makanan di Sarikei, baru-baru ini. Foto hiasan

Polis tahan dua lelaki terbabit kes gaduh kerusi plastik

SARIKEI, 18 Mac: Polis menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam satu kes pergaduhan di hadapan sebuah premis makanan di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Pemangku Superitenden Aswandy Anis berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan atas kesalahan gaduh gempar di tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua lelaki itu boleh dihukum denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

“Merujuk kepada video berdurasi 49 saat yang tular di laman sosial, polis mendapati kejadian berlaku di pekarangan hadapan sebuah kedai minum di Jalan Pinang Laka.

“Kita juga menerima laporan berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata polis memandang serius ke atas apa-apa kejadian yang boleh menggugat ketenteraman awam di daerah ini.

Pada masa yang sama, Aswandy juga menyeru masyarakat agar terus menyalurkan apa-apa maklumat kejadian jenayah kepada pihak polis.

Kejadian membabitkan dua lelaki yang bergaduh menggunakan kerusi plastik itu sempat tular di laman sosial sehingga mengundang pelbagai komen daripada warga net. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan