Search
Close this search box.
Seksyen 15A Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dipinda bagi memastikan agenda pemerkasaan mahasiswa dapat dilaksanakan. Foto fail TVS.

Parlimen: Pindaan Seksyen 15A beri ruang agenda pemerkasaan mahasiswa

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pindaan terhadap Seksyen 15A Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dilakukan bagi memastikan agenda pemerkasaan mahasiswa dapat dilaksanakan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini seterusnya akan memberi peluang kepada pemimpin mahasiswa bagi merencana sendiri isu mereka.

Kata beliau, tiga perkara yang menjadi fokus ialah pengurusan kewangan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Kesatuan Mahasiswa (KM) dan badan pelajar dibenarkan membuka akaun bank dan menerima sumbangan atau dana luar.

“MPP, KM dan badan pelajar boleh mengurus kewangan sendiri bagi aktiviti persatuan.

“Kedua, pengurusan kebajikan. MPP dan KM diberi kuasa untuk mengurus dan mengagihkan peruntukan bagi aktiviti kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang – undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Jelasnya, bagi memastikan agenda berkenaan dilaksanakan, pindaan terhadap Seksyen 48 adalah diperlukan untuk membolehkan pelajar mengurus sekali gus menyelenggara akaun dalaman universiti dan dana luar.

Tambahnya, Seksyen 48(11a) merujuk kepada wang MPP atau akaun amanah yang diurus dan diselenggara oleh MPP tertakluk kepada peraturan kewangan universiti kerana dana tersebut di bawah pengawasan pihak universiti.

“Manakala Sub Seksyen 48(11b) merujuk kepada kumpulan wang MPP atau akaun MPP yang diurus dan diselenggara sepenuhnya oleh MPP.

“MPP dibenarkan membuka dan menguruskan akaun bank mereka sendiri berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang telah dibangunakan secara bersama MPP dan pengurusan universiti,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan