Search
Close this search box.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dicadang sebagai alternatif kepada pengimport beras iaitu dengan menjadi pembeli padi bagi membolehkan beras dijual pada harga munasabah.Foto hiasan, Envato.

Parlimen: NAFAS dicadang jadi pembeli padi, mampu jual harga munasabah

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dicadang sebagai alternatif kepada pengimport beras iaitu dengan menjadi pembeli padi bagi membolehkan beras dijual pada harga munasabah.

Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, NAFAS bersedia untuk membantu kerajaan berhadapan tekanan kartel dan menjual beras pada harga RM30 per 10 kilogram (KG).

“Sekiranya Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) tidak bersedia untuk mendapatkan beras yang lebih kompetitif bagi menampung keperluan beras tempatan yang hanya memenuhi 62 peratus ketika ini, NAFAS boleh mainkan peranan ini,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Syed Abu Hussin Hafiz, ketika pertemuan NACCOL dan NAFAS baru – baru ini, pihaknya telah membangkitkan isu ‘kehilangan’ beras tempatan disebabkan oleh pembungkusan semula oleh kartel-kartel yang ingin mendapatkan keuntungan berlebihan.

“NAFAS juga mempunyai input-input lain yang meletakkan pertubuhan itu boleh terlibat secara langsung dalam memungkinkan perolehan bekalan beras dengan harga yang lebih harmoni,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan