Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan sebahagian besar hutang isi rumah digunakan bagi pinjaman perumahan. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Hutang isi rumah Malaysia cecah RM1.53 trilion tahun lepas

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Jumlah hutang isi rumah secara agregatnya mencecah RM1.53 trilion pada tahun lepas, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, sebahagian besar hutang isi rumah digunakan bagi tujuan pengumpulan harta merangkumi pinjaman perumahan, pembelian harta bukan kediaman dan pembelian sekuriti.

“Hutang isi rumah adalah digunakan bagi tujuan pengumpulan harta yang merangkumi pinjaman perumahan mencecah 60.5 peratus, diikuti pembelian harta bukan kediaman iaitu 5.3 peratus dan pembelian sekuriti sebanyak 4.3 peratus,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (Perikatan Nasional – Alor Setar) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan dasar dan usaha kerajaan untuk mengurangkan peratusan hutang isi rumah.

Sementara itu, Hui Ying menjelaskan baki 29.9 peratus pula adalah bagi tujuan perbelanjaan seperti pinjaman untuk pembelian kenderaan (13.2 peratus).

Tambah beliau hutang juga melibatkan pembiayaan peribadi sebanyak 12.6 peratus dan kad kredit tiga peratus.

“Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil beberapa pendekatan bagi menangani risiko keberhutangan isi rumah.

“Ini termasuk melaksanakan Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab sejak 2012 bagi memastikan individu meminjam mengikut kemampuan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan