Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengaktifkan semula Op Khas Pagar Laut di seluruh perairan dalam empat fasa bermula 12 Mac sehingga 30 April ini. Foto Maritim

Maritim jalankan Op Khas Pagar Laut sempena Ramadan dan Syawal

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 18 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan semula Op Khas Pagar Laut di seluruh perairan dalam empat fasa bermula 12 Mac sehingga 30 April ini.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, op tersebut dilaksanakan di seluruh perairan negara khusunya di kawasan titik panas (hotspot) sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.

Katanya, 45 pelbagai aset milik agensi dan lebih 800 pegawai serta anggota di seluruh negara akan terlibat dalam op ini bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan seperti pergerakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), pencerobohan nelayan asing, penyeludupan masuk barangan kontraban seperti mercun serta penyeludupan barang-barang kawalan ke luar negara.

“Sepanjang operasi berkenaan, Maritim Malaysia akan memperketatkan kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di perairan sempadan negara-negara jiran.

“Maritim Malaysia turut bersiap sedia mengerahkan aset milik agensi bagi melaksanakan tugas Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) sekiranya berlaku apa-apa insiden kemalangan kapal atau bot penumpang yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran nanti.

“Untuk rekod, pada tahun lalu Maritim telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan membabitkan cubaan menyeludup masuk rokok, pencerobohan bot nelayan asing, kemasukan PATI serta kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM13 juta. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan