Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media Pelancaran Media What About Kuching (WAK) 2024 Call For Proposal di sini, hari ini. Foto TVS

Libatkan Sarawak jika Malaysia jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 18 Mac: Sarawak dan Sabah juga harus diberi peluang menjadi lokasi untuk terlibat sama dalam penganjuran aktiviti sekiranya Malaysia bersetuju menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel 2026.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah apabila diminta mengulas mengenai perlunya penglibatan Sarawak jika Malaysia bersetuju menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel 2026.

“Ia masih lagi dalam penelitian namun jika Malaysia menjadi tuan rumah, saya ingin melihat beberapa sukan dipertandingkan di Sarawak juga kerana kita juga perlu berkongsi dalam acara sebegini.

“Sedangkan Petronas Le Tour De Langkawi 2024 (LTDL 2024) juga bakal berlangsung di Sarawak dan suatu sidang media telah diadakan di Kuala Lumpur hari ini dan telah diumumkan bahawa dua peringkat terakhir akan diadakan di Sarawak,” katanya ketika sidang media pelancaran What About Kuching (WAK) 2024 Call For Proposal di sini, hari ini.

Minggu lalu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan Malaysia ditawarkan bagi menganjurkan temasya berkenaan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dengan suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta) bagi melaksanakannya.

Tahun lalu, Victoria dan Australia menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi acara itu berikutan peningkatan kos penganjuran daripada AUD2.6 bilion awal (RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion).

Ia sekali gus menimbulkan persoalan siapakah yang bakal menganjurkan acara itu pada tahun 2026 kelak. –TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan