Search
Close this search box.
Pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 268 unit topi keledar disyaki berjenama tiruan selepas menyerbu sebuah premis di sini hari ini. Foto KPDN Pulau Pinang

KPDN sita 268 unit topi keledar berjenama tiruan

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 18 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 268 unit topi keledar disyaki berjenama tiruan selepas menyerbu sebuah premis di sini hari ini.

Pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
Hidup (KPDN) menyita 268 unit topi keledar disyaki berjenama tiruan selepas menyerbu sebuah premis di sini hari ini. Foto KPDN Pulau Pinang

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan berkata, premis terbabit dipercayai menjual barang salinan langgaran karya seni berjenama ARAI iaitu barangan aksesori motosikal.

“KPDN menyita topi keledar jenama TSR yang mengandungi tanda karya seni ARAI terdiri daripada pelbagai model seperti Nakano Shukiken Silver, Black Samurai dan Oriental Blue.

“Jumlah sitaan itu adalah sebanyak 268 unit yang dianggarkan bernilai RM70,240,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Jika disabitkan dengan kesalahan boleh didenda antara RM2,000 sehingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berikutnya, boleh didenda antara RM4,000 hingga RM40,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan