Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska dan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kenderaan di sini hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Jangan pandang remeh ‘ibu meroyan’ – Nancy Shukri

BySalasiah Safian

KUCHING, 18 Mac: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sokongan kuat amat diperlukan oleh ‘ibu meroyan’ kerana dia tidak boleh ditinggalkan bersendirian bukan sahaja dengan bayinya.

“Kita tidak boleh memandang remeh akan perkara ini kerana bagi sesetengah orang mereka belum terbiasa dengan keadaan ini dan menganggap ia adalah normal. Terdapat juga mereka yang tidak dapat menerimanya.

“Perkara ini amat membimbangkan terutamanya jika anda berdepan dengan situasi ini. Anda tidak dapat membiarkannya berseorangan dengan bayi ataupun sesiapa sahaja yang berada di rumah. Kita berharap agar ahli keluarga sedar mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska Dan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kenderaan di sini hari ini.

Tambah beliau kes ‘ibu meroyan’ bukanlah perkara baharu.

Menyentuh berkenaan kes yang berlaku baru-baru ini, menurut laporan yang diterima ibu tersebut merasakan ada orang yang ingin melakukan sesuatu terhadap dirinya.

“Berdasarkan cerita yang kami dengar, dia merasakan ada orang cuba melakukan sesuatu terhadapnya. Jadi itulah yang berlaku. Jadi ia berdasarkan laporan polis yang dibuat.

“Tapi ibu meroyan bukan perkara baharu dan perkataan meroyan sudah lama kita dengar, orang kampung meroyan kata kita tapi orang kampung dijaga rapi kerana sentiasa ada ahli keluarga yang menemani. Jadi mereka boleh datang dalam bentuk yang berbeza, agak menyedihkan,” ujarnya.

Baru-baru ini seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibunya di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang.

Wanita berusia 32 tahun itu turut menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi WhatsApp. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan