Search
Close this search box.
Dewan Negara meluluskan usul pelantikan lima Ahli Jawatankuasa Pemilih untuk tempoh penggal ketiga Sidang Parlimen ke-15 hari ini. Foto, Bernama.

Dewan Negara: Usul pelantikan lima Ahli Jawatankuasa Pemilih diluluskan

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Dewan Negara meluluskan usul pelantikan lima Ahli Jawatankuasa Pemilih untuk tempoh penggal ketiga Sidang Parlimen ke-15 hari ini.

Lima ahli berkenaan adalah Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal selaku Pengerusi, Senator Datuk A. Kesavadas, Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah dan Senator Susan Chemerai Anding.

Usul diluluskan dengan majoriti selepas dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.

“Selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 70(2), Majlis Mesyuarat dengan ini memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pemilih memanggil orang hadir di hadapannya serta meminta dikeluarkan surat-surat,” kata Kulasegaran pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Mesyuarat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan