Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen. Foto, Bernama.

Dewan Negara: Sarawak antara tiga tertinggi bagi kes tibi

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Sarawak merupakan antara tiga negeri yang merekodkan kes jangkitan tuberkulosis (tibi) tertinggi selain Sabah dan Selangor pada 2023.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, berdasarkan data, Sabah merekodkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 5,814 kes, diikuti Selangor 5,631 kes dan Sarawak dengan 3,177 kes.

“Jumlah kes tibi yang didaftarkan pada 2023 adalah sebanyak 26,781 kes iaitu peningkatan sebanyak 1,390 kes atau 5.47 peratus berbanding 25,391 kes pada 2022,” katanya di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Lukanisman menjawab soalan Senator Dr. Lingeshwaran R. Arunasalam yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan trend peningkatan mendadak kes tibi seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Dr. Lingeshwaran turut memohon pecahan mengikuti negeri, umur, warganegara dan bukan warganegara serta data drug resistant tibi bagi tempoh 10 tahun lepas dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Menjawab soalan berkenaan, Lukanisman menjelaskan penyakit tibi boleh menjangkiti semua peringkat umur dan di Malaysia, kumpulan yang paling banyak dijangkiti ialah dalam lingkungan 25 hingga 34 tahun.

“Sebanyak 4,620 kes untuk kumpulan umur tersebut dan diikuti yang berumur 35 hingga 44 tahun dengan kes sebanyak 4,485 kes,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, sebanyak 22,680 kes melibatkan warganegara manakala bagi bukan warganegara pula adalah sejumlah 4,101 kes.

“Jumlah kes drug resistant tibi pada 2023 ialah sebanyak 166 kes berbanding 124 pada 2013 iaitu dengan peningkatan 42 kes,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan