Search
Close this search box.
Perkhidmatan feri Malaysia sebelum ini beroperasi menghubungkan Kuantan dengan Sabah dan Sarawak. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Perkhidmatan Feri Malaysia ke Sarawak wajar dihidupkan semula

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Perkhidmatan Feri Malaysia yang pernah beroperasi pada 1986 sehingga 1989 wajar dihidupkan semula, cadang Senator Dato Ahmad Ibrahim.

Ahli Dewan Negara itu berkata, sebelum ini perkhidmatan berkenaan menghubungkan Kuantan, Pahang dengan Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

“Saya berharap kerajaan dapat menilai semula kewajaran perkhidmatan ini dihidupkan semula serta mungkin (sekiranya diperkenalkan semula) dapat (wujudkan laluan baharu) seperti menghubungkan Kuching, Johor Bahru atau Kuala Lumpur.

“Sekarang ini Kuching ke Kota Kinabalu sudah boleh dihubungkan menerusi Lebuhraya Pan Borneo,” katanya semasa Perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Ahmad menjelaskan, selain udara sebagai perhubungan utama, perkhidmatan feri berkenaan boleh dijadikan salah satu alternatif pengangkutan.

“Kita juga boleh memperomosikan keindahan negara dengan adanya perkhidmatan feri ini.

“Banyak juga perkhidmatan feri swasta atau cruise yang membawa penumpang ke Singapura dan Thailand,” jelasnya.

Dalam pada itu Ahmad turut meminta agensi penguatkuasa supaya memantau aktiviti mengemis di bazar Ramadan oleh warga asing.

“Saya difahamkan warga asing seperti etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) banyak terlibat dalam kegiatan ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan