Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, statistik berkenaan merangkumi tempoh Oktober 2023 hingga Februari tahun ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Bayaran tol guna kad kredit, debit cecah 6.25 juta transaksi

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Dewan Negara dimaklumkan sejumlah 6.25 juta transaksi pembayaran tol menggunakan kaedah baharu Sistem Pembayatan Tol Secara Terbuka (SPT) direkodkan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, statistik itu bagi tempoh Oktober 2023 hingga Februari tahun ini.

“Daripada jumlah keseluruhan transaksi tersebut, sebanyak 68.17 peratus pengguna SPT menggunakan kad debit manakala selebihnya menggunakan kad kredit dengan peratusan sebanyak 31.83 peratus,” jelasnya pada sidang Dewan Negara hari ini.

Alexander Nanta menjawab pertanyaan Senator Dato Ahmad Ibrahim yang meminta Kementerian Kerja Raya (KKR)  menyatakan peratusan pengguna yang menggunakan kad debit dan kad kredit di kesemua konsesi tol lebuh raya yang menyediakan perkhidmatan sistem pembayaran tol terbuka.

Jelas Alexander Nanta sebelim ini KKR bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi lebuh raya telah memperkenalkan insiatif baharu sebagai alternatif kepada kaedah pembayaran tol sedia ada.

“Kaedah pembayaran tol melalui SPT telah memberikan kemudahan dan alternatif tambahan kepada pengguna lebuh raya bagi membayar tol dengan menggunakan kad debit dan kad kredit selain daripada pilihan bayaran tol sedia ada iaitu menggunakan kad Touch n’ Go, Smart Tag dan RFID.

“Terdapat 11 daripada 33 lebuh raya yang telah menyediakan perkhidmatan pembayaran tol secara SPT iaitu Lebuhraya Besraya (M) Sdn Bhd, NPE, AKLEH, GCE, LDP, SPRINT, KESAS, BKE, DUKE, MEX dan Terowong SMART,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan