Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof membantu membungkus nasi beriani ayam untuk diagihkan kepada penduduk kampung semasa Program Nexgen Rewang Kampungku Lit di Surau Darul Ibadah Kampung Simpang Tiga Jalan Mendu, Kuching, hari ini. Foto TVS

Nexgen Petra Jaya dekati masyarakat pelbagai latar belakang

KUCHING, 17 Mac: Gerakan belia Nexgen Petra Jaya bertindak sebagai platform untuk mendekati masyarakat tanpa mengira latar belakang melalui aktiviti sukarelawan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sukarelawan Nexgen merupakan generasi golongan muda yang terlibat dalam pelbagai program kemasyarakatan yang cuba memahami dan menyelami kehidupan.

“Mereka ini membuat pelbagai program yang berbentuk kemasyarakatan bagi melibatkan golongan-golongan muda dengan aktiviti kemasyarakatan untuk memahami, mendalami dan menyelami masyarakat.

“Banyak juga program mereka yang lain-lain, bukan sahaja waktu bulan puasa raya tetapi juga waktu Tahun Baru cina dan juga Gawai Dayak untuk mendekati pelbagai latar belakang masyarakat kita,” katanya.

Beliau ditemui semasa Program Nexgen Rewang Kampungku Lit di Surau Darul Ibadah Kampung Simpang Tiga Jalan Mendu di sini, hari ini.

Sebanyak 300 bungkus nasi beriani ayam dimasak oleh 24 belia Nexgen Petra Jaya dan penduduk Kampung Simpang Tiga untuk diagih kepada komuniti setempat – Kampung Simpang Tiga, Kampung Sri Maimunah dan Kampung Sg Periuk.

Sementara itu, sukarelawan Nexgen Amy Qhayreena Maey berkata, Nexgen Petrajaya merupakan peluang kepada belia untuk bergiat aktif sebagai sukarelawan serta berkembang sebagai seorang manusia yang seimbang dari aspek mental dan emosi.

Peserta akan dapat mempelajari banyak perkara serta kemahiran baharu melalui aktiviti disertai sekali gus menggalakkan hubungan silaturahim dengan individu baharu.

“Kami banyak bergaul dengan orang sekeliling dan ia sangat seronok mengenali orang baharu dan budaya mereka serta mempelajari pelbagai kemahiran dan pengetahuan baharu,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan