Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Datuk Gerawat Gala bersama ahli-ahli Wanita PBB Cawangan Mulu semasa Program Sarawak Kita Empun 2.0 di Miri pada Sabtu. Foto TVS

Lengkapkan pengetahuan, Wanita PBB disaran sertai pelbagai program anjuran parti

MIRI, 17 Mac: Semua ahli Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disaran menggandakan usaha dan komitmen bagi mengukuhkan jentera parti untuk masa depan lebih cemerlang.

Naib Ketua Wanita PBB, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, mereka juga perlu meningkatkan pengetahuan serta melengkapkan kemahiran diri.

“Salah satu caranya adalah dengan menyertai pelbagai program anjuran parti,” katanya semasa Program Sarawak Kita Empun 2.0 anjuran Wanita PBB Cawangan Mulu yang turut dihadiri Ketua Cawangan PBB Mulu Datuk Gerawat Gala di sini pada Sabtu.

Lebih 200 peserta didedahkan dengan topik berkaitan cakna media sosial, senario politik terkini di Sarawak serta Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Hasidah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) berkata lagi, Wanita PBB mempunyai peranan penting dalam memastikan agenda parti dilaksanakan dengan jayanya untuk kesejahteraan rakyat.

“Peranan kita adalah untuk memastikan pentadbiran serta pengurusan parti kita adalah baik dan terurus. Orang ramai akan mempunyai tanggapan yang positif dengan adanya proses pentadbiran yang lancar serta telus,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan