Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Situasi kemanusiaan di Gaza ibarat "mimpi ngeri" bagi ibu dan bayi, dengan doktor melaporkan bayi baru lahir bersaiz kecil dan sakit, lahir mati selain wanita terpaksa menjalani pembedahan C-section tanpa bius yang mencukupi. Foto hiasan Envato.

Tiada lagi ‘bayi bersaiz normal’ di Gaza – Pegawai PBB

ByAFP

AMERIKA SYARIKAT, 16 Mac: Para doktor mendedahkan situasi kemanusiaan di Gaza ibarat mimpi ngeri bagi ibu dan bayi berikutan bayi baru lahir bersaiz kecil, tidak sihat serta ada yang meninggal dunia sewaktu dilahirkan selain wanita terpaksa menjalani pembedahan C-section tanpa bius yang mencukupi, kata seorang pegawai PBB pada Jumaat.

“Saya secara peribadi meninggalkan Gaza minggu ini dalam ketakutan untuk sejuta wanita dan gadis Gaza… terutamanya bagi 180 wanita yang bersalin setiap hari,” kata Dominic Allen, wakil Dana Penduduk PBB (UNFPA) untuk negeri Palestin, dalam sidang berita video dari Baitulmaqdis lepas melawat hospital yang masih menyediakan perkhidmatan bersalin di utara Gaza.

Allen menambah menurut laporan para doktor bahawa mereka tidak lagi melihat bayi bersaiz normal di sana.

“Apa yang mereka lihat, tragisnya, adalah lebih banyak kelahiran mati, kematian neonatal, sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan zat makanan, dehidrasi dan komplikasi,” ujarnya.

Jumlah kes ibu bersalin yang mengalami kerumitan adalah kira-kira dua kali ganda berbanding sebelum perang dengan Israel bermula — dengan ibu-ibu tertekan, takut, kurang makan dan keletihan — dan penjaga sering kekurangan bekalan yang diperlukan.

“Kami mempunyai laporan bahawa anestetik yang tersedia tidak mencukupi untuk pembedahan Caesarean, yang merupakan sesuatu yang “tidak dapat difikirkan.

“Ibu-ibu sepatutnya memeluk anak-anak mereka, bukannya dibungkus dengan beg mayat,” katanya lagi.

Allen dalam pada itu memberitahu pihak berkuasa Israel enggan membenarkan beberapa penghantaran bekalan UNFPA, seperti kit untuk bidan, lampu suluh dan panel solar.

“Ia adalah mimpi ngeri yang lebih daripada sekadar krisis kemanusiaan.

Apa yang dilihatnya semasa memandu melalui Gaza, dia berkata, “benar-benar menghancurkan hati saya,” ujarnya.

Setiap mangsa yang mengadu atau bercakap dengannya, kata Allen, “kurus, kurus kering, lapar” dan letih akibat perjuangan harian mereka untuk terus hidup.

Di satu pusat pemeriksaan tentera, Allen memberitahu dia melihat seorang budak lelaki yang berusia kira-kira lima tahun berjalan dengan mengangkat tangan tinggi dengan riak wajah ketakutan, diiringi kakaknya yang lebih berusia di belakang berjalan sambil memegang bendera putih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan