Search
Close this search box.
Shigeichi Negishi, pencipta mesin karaoke. Foto Matt Alt (Laman X).

Negishi, pencipta karaoke meninggal dunia diusia 100 tahun

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 16 Mac: Pencipta mesin karaoke, Shigeichi Negishi dilaporkan meninggal dunia pada usia 100 tahun pada Khamis di Jepun akibat sakit tua.

Menurut anaknya, Atsumi Takano, Negishi menghembuskan nafas terakhir selepas terjatuh.

Semasa hayatnya, Negishi mencipta mesin karaoke ‘Sparko Box’ pada tahun 1967 selepas mendapat idea menghasilkan mesin yang membolehkan sesiapa sahaja menyanyikan lagu kegemaran mereka.

Ilham ciptaannya diinspirasikan susulan nyanyiannya yang teruk setelah ditangkap berbuat demikian di pejabat, Negishi yang bekerja di sebuah syarikat elektronik pada tahun berkenaan.

Beliau bagaimanapun menyedari bahawa nyanyiannya boleh dibantu dengan sokongan peralatan elektronik dengan menggabungkan kaset padet, pembesar suara dan mikrofon lalu membawa gabungan tersebut ke rumah anak dan isterinya.

Persembahan karaoke pertama pada malam itu ialah versi instrumental lagu “Mujo no Yume” oleh Yoshio Kodama.

Negishi juga insan yang mencipta istilah ‘karaoke’ yang merupakan gabungan ruangan kosong dan orkestra.

Pemergian Negishi sebagai pencipta mesin karaoke telah meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat ekoran usahanya telah membuatkan ramai orang menikmati keseronokan dan hiburan menerusi menyanyi lagu pilihan mereka sama ada berseorangan atau bersama orang tersayang.

Untuk rekod, Negishi memulakan kerjayanya dalam industri elektronik pada tahun 1947 setelah kalah dalam peperangan dunia kedua Jepun dan menghabiskan dua tahun di kamp penjara di Singapura sebeulum bersara pada usia 70 tahun.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan