Search
Close this search box.
MAHB berkata secara keseluruhan, lapangan terbang Malaysia merekodkan trafik yang berdaya tahan, mencecah paras tertinggi baharu sebanyak 7.8 juta penumpang, dengan kadar pemulihan yang luar biasa berjumlah 95.8 peratus, melepasi 90 peratus untuk kali pertama. Foto hiasan Envato.

MAHB catat jumlah pergerakan penumpang lebih 11 juta pada Februari 2024

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperlihatkan momentum pertumbuhan luar biasa yang teguh dengan rekod pergerakan penumpang berjumlah 11 juta pada Februari 2024 walaupun pada bulan yang lebih singkat.

Pengendali lapangan terbang itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat berkata angka itu melebihi paras Februari 2019 sebanyak 3.3 peratus.

Menurut MAHB pertumbuhan teguh itu disumbangkan oleh beberapa faktor, antaranya cuti sekolah selama sebulan, Festival Musim Bunga Cina selama lapan hari, pengecualian visa untuk tempoh 30 hari bagi China dan India, pengenalan syarikat penerbangan baharu dan kekerapan tambahan, serta perayaan Tahun Baru Cina dan acara Routes Asia di Langkawi.

“Pergerakan penumpang antarabangsa turut mencatatkan paras tertinggi baharu melebihi paras 5 juta untuk bulan kedua berturut-turut sebanyak 5.8 juta penumpang, peningkatan dua angka sebanyak 12.8 peratus berbanding Februari 2019.

“Pergerakan penumpang domestik turut memberangsangkan, mencatatkan 5.2 juta penumpang dan mencapai kadar pemulihan yang tinggi sebanyak 94.5 peratus,” katanya.

MAHB berkata secara keseluruhan, lapangan terbang Malaysia merekodkan trafik yang berdaya tahan, mencecah paras tertinggi baharu sebanyak 7.8 juta penumpang, dengan kadar pemulihan yang luar biasa berjumlah 95.8 peratus, melepasi 90 peratus untuk kali pertama.

Sementara itu, purata pergerakan penumpang antarabangsa harian sekali-sekala melebihi paras pada Februari 2019, menunjukkan kemajuan yang signifikan.

Pelaksanaan kemasukan tanpa visa selama 30 hari mulai 1 Dis 2023, menyumbang dengan signifikan terhadap kadar pertumbuhan yang besar, masing-masing sebanyak 86 peratus dan 90 peratus penumpang dari China dan India berbanding paras 2019.

Sementara itu, trafik Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (SGIA) bagi Februari 2024 kekal teguh, mengalami pertumbuhan 27.4 peratus berbanding paras 2019 dan melebihi jumlah penumpang pada Januari 2024 sebanyak 0.2 peratus, mencecah 3.2 juta penumpang.

Perjalanan antarabangsa terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, memperlihatkan peningkatan mengagumkan 86.0 peratus berbanding Februari 2019 dan kenaikan 31.9 peratus berbanding Februari 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan