Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf semasa Majlis Perasmian Bazar Ramadan FAMA di Medan Niaga Satok di Kuching pada Jumaat. Foto TVS.

Bazar Ramadan: Harga barang mentah naik jadikan juadah mahal

KUCHING, 16 Mac: Peningkatan harga bahan mentah mendesak harga makanan di bazar dinaikkan pada musim Ramadan kali ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Menurut Fazzrudin situasi sedemikian berlaku susulan para peniaga menjana keuntungan dalam jualan mereka menerusi pengiraan kos daripada pelbagai aspek selain berharap orang ramai memahami tindakan mereka.

“Jika barang terlalu mahal jadi kita perlu faham kenapa sudah tentu kerana bahan mentah sudah meningkat dan sudah tentu mereka terpaksa menaikkan harga.

“Jadi harap faham dan kita perlu menyokong juga selagi aliran pasaran permintaan, penawaran dan urus niaga itu berlaku dan penghujung hari nanti dia akan memenangi kesemua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Perasmian Bazar Ramadan FAMA di Medan Niaga Satok di Kuching pada Jumaat.

Terdapat tiga lokasi Bazar Ramadan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tahun ini di seluruh negeri.

Antaranya Bazar Ramadan MADANI Medan Niaga Satok yang telah memasuki tahun ke sepuluh penganjuran sejak diperkenalkan pada tahun 2012.

Tahun ini, FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1.5 juta di Bazar Ramadan MADANI Medan Niaga Satok yang disertai seramai 72 orang usahawan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan