Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim semasa Majlis Berbuka Puasa di Hotel Grand Margarita Kuching pada Jumaat. Foto TVS

TYT, isteri berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Kuching dan Sri Aman

KUCHING, 15 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi meraikan anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah dan Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman dalam suatu majlis berbuka puasa di sini, pada Jumaat.

Majlis menyaksikan seramai 91 anak-anak yatim berkenaan menerima sumbangan wang tunai bagi mereka memenuhi keperluan Ramadan masing-masing.

Majlis tahunan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) turut meraikan golongan yang kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak yang berteduh di Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman (RKKDAA) dan Rumah Kanak-kanak To Puan Hajah Norkiah, Kuching (RKKTPHN).

Hadir sama Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain dan kakitangan SEDC serta tetamu jemputan yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan