Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua dari kanan) ketika perbincangan bersama Sumitomo Corporation.

Sumitomo Corporation teroka lebih banyak projek hijau di Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

SINGAPURA, 15 Mac: Perusahaan gergasi, Sumitomo Corporation giat meneroka lebih banyak keterlibatan dalam projek hijau di Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau, projek tersebut merangkumi Penggunaan dan Penyimpanan Tangkapan Karbon (CCUS), sumber tenaga boleh diperbaharui, tenaga biomas tebu, logam hijau serta derivatif.

“Pelaburan sedemikian dialu-alukan kerana ia selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Awang Tengah, yang juga merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) dan Menteri Kedua Pembangunan Bandar dan Sumber Asli mendedahkan Sumitomo Corporation juga sedang melaksanakan beberapa projek yang berlangsung di Sarawak.

“Sumitomo Corporation itu kini sedang membangunkan projek pengeluaran hidrogen di Bintulu.

“Syarikat ini juga sedang mencari untuk meneroka dan melabur dalam sektor ekonomi baru termasuk ekonomi hijau dan digital,” katanya lagi.

Turut serta Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah, Penasihat PUSAKA Datu Hashim Bojet, Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak Timothy Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif PUSAKA Capital Sdn Bhd Mohamad Nor Topek Julaihi. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan