Search
Close this search box.
Tengku Muhammad Taufik (tiga, kanan) ketika membentangkan prestasi kewangan syarikat itu bagi tahun kewangan 2023 di sini hari ini. Foto, Alex Teo (TVS).

Petronas umum untung bersih RM80.7 bilion bagi 2023

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melaporkan keuntungan bersih berjumlah RM80.7 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz memaklumkan, angka itu lebih rendah berbanding RM101.6 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Jelas beliau, penyusutan itu berikutan purata harga direalisasi yang lebih rendah untuk semua produk.

“(Namun) ini diimbangi oleh jumlah jualan yang lebih baik terutamanya melibatkan produk petroleum dan impak pertukaran asing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman prestasi kewangan syarikat itu bagi tahun kewangan 2023 di sini hari ini.

Tambah Tengku Muhammad Taufik pada suku keempat tahun kewangan 2023 pula, perolehan susut kepada RM91.7 bilion daripada RM104.2 bilion pada 2022.

“Keuntungan bersih syarikat turut merosot kepada RM16.6 bilion daripada RM24.4 bilion bagi suku berkenaan,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan