Search
Close this search box.
Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Johnny Pangkas (hujung kiri) merakam kenangan di Majlis Perasmian Bazar Ramadan FAMA di Medan Niaga Satok di Kuching pada Jumaat. Foto TVS.

Ops Ramadan: 45 notis telah dikeluarkan di Kuching

KUCHING, 15 Mac: Sebanyak 45 notis dikeluarkan terhadap pengendali makanan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di daerah ini menerusi Ops Ramadan 2024 setakat 12 Mac.

Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Dr Johnny Pangkas berkata antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak menggunakan pakaian pelindung diri dengan lengkap dan menggunakan aksesori perhiasan diri semasa mengendalikan makanan.

Bagaimanapun, katanya pemantauan dan pemeriksaan sedang giat dijalankan terhadap penggunaan dawai kokot (stapler) bagi tujuan membungkus makanan kerana ianya melanggar peraturan makanan yang jika disabit kesalahan maka peniaga boleh didenda maksimum RM10,000, dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Setakat ini kita tidak menerima laporan mengenai makanan basi tapi kita juga sekarang tengah memastikan supaya pengendali makanan ini tidak meletak atau menggunakan stapler.

“Sekarang adalah menjadi isu sebab kalau mereka menggunakan stapler ini dia melanggar peraturan makanan lah dan boleh didenda sehingga RM 10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Bazar Ramadan FAMA di Medan Niaga Satok di Kuching pada Jumaat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan