Search
Close this search box.
Jasad mangsa terakhir insiden bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit ditemui sekitar jam 11.30 pagi tadi iaitu hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Foto Bomba Sarawak.

Mangsa terakhir insiden bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit ditemui

ByNur Suhaida Muliyono

KAPIT, 15 Mac: Jasad mangsa terakhir insiden bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit ditemui sekitar jam 11.30 pagi tadi iaitu hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam satu kenyataan berkata jasad Iskandar Ibrahim, 28, ditemui oleh orang awam di Sungai Seputin, Kapit sekitar lebih kurang dua kilometer (km) dari lokasi insiden dan tiga km dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

PKB telah dimaklumkan mengenai penemuan mayat terapung itu, sebelum mengerahkan pasukan SAR ke lokasi penemuan.

“Hasil pengecaman pada pakaian mangsa, adalah disahkan mayat tersebut merupakan mangsa terakhir insiden bot karam itu.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan tersebut.

Susulan penemuan mangsa terakhir itu, operasi SAR ditamatkan pada jam 12 tengah hari.

Terdahulu pada 7 Mac, sebuah bot yang dinaiki lima individu karam di Sungai Batang Baleh berhampiran jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh.

Seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala empat lagi dihanyutkan arus sungai yang deras.

Mangsa kedua ditemui lemas iaitu Jack Balan yang ditemui terapung pada 9 Mac di di Pulau Kerto, Sibu.

Seterusnya mangsa ketiga, Sarjan Jonathan Lambet pula ditemui terapung pada hari yang sama, kira-kira lima kilometer dari lokasi bot karam di Sungai Batang Baleh.

Diikuti mangsa ketiga, Amerson John Nain, pula ditemui terapung di Sungai Batang Lebaan, Sibu, pada 10 Mac lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan