Search
Close this search box.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memakumkan berdasarkan Laporan Kegembiraan Global, kedudukan Malaysia yang memperolehi skor indeks 6.012 meningkat berbanding posisi ke-70 daripada 149 negara pada tahun sebelumnya. Foto, Envato.

Malaysia negara ke-55 paling bahagia di dunia

BySteward Dawi

PUTRAJAYA, 15 Mac: Malaysia disenaraikan pada kedudukan ke-55 negara paling bahagia di dunia menurut Laporan Kegembiraan Global 2023.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan berdasarkan laporan itu, Malaysia yang memperolehi skor indeks 6.012 berjaya memperbaiki kedudukan berbanding posisi ke-70 daripada 149 negara pada 2022.

“Di Asia Tenggara, Malaysia disenaraikan sebagai negara kedua paling bahagia selepas Singapura dan kedudukan kesembilan di Asia,” jelas KPKT menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah KPKT, terdapat 144 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan), Sabah dan Sarawak terlibat dalam Kajian Indeks Kebahagiaan berkenaan.

Sebanyak 102 bandar atau 71 peratus mencapai status bahagia dan 42 bandar (29 peratus) mencapai status sederhana bahagia.

Antara penyumbang utama tahap kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk ialah kualiti perkhidmatan oleh PBT yang melibatkan penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan serta teratur.

Laporan sama menunjukkan Finland sebagai negara paling bahagia di dunia diikuti Denmark dan Iceland.

Lubnan dan Afghanistan pula berada pada kedudukan dua tercorot.

Laporan berkenaan menilai 137 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan