Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

El Nino: Kurangkan aktiviti luar, buka puasa dengan hidangan berkhasiat

ByRegina Lee

KUCHING, 15 Mac: Fenomena El Nino atau cuaca panas melampau dan kemarau merupakan risiko kepada kesihatan terutamanya mereka yang bekerja di luar, warga emas, kanak-kanak dan golongan yang menghidap penyakit kronik.

Sehubungan itu Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Madya Dr Helmy Hazmi menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan dehidrasi dan strok haba.

“Bagi mereka yang bekerja di luar, hendaklah memakai pakaian yang longgar, ringan, diperbuat daripada material kapas dan berwarna cerah untuk mengelak haba terkumpul di dalam badan.

“Gunakan sunscreen atau losyen bagi melindungi diri dari mendapat kelecuran kulit atau sunburn. Ibu bapa juga mesti cakna dengan keberadaan anak-anak agar tidak terdedah kepada cuaca panas dan kering yang berpanjangan.

“Elakkan minuman yang mengandungi kafein, paras gula yang tinggi dan juga alkohol yang boleh menyebabkan seseorang membuang air kecil dengan banyak sehingga mengakibatkan badan kekurangan air, malah kita digalakkan minum air isotonik untuk menggantikan garam mineral yang hilang semasa kita berpeluh pada waktu siang hari,” katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Pada masa sama beliau berkata, umat Islam yang berpuasa disarankan untuk mengurangkan aktiviti luar dan mengambil hidangan buah-buahan ketika berbuka kerana mempunyai khasiat yang tinggi kepada tubuh badan.

“Minum air dengan kerap dan disarankan untuk minum antara 1.5 liter hingga 2 liter air sehari. Jangan lupa ambil hidangan buah-buahan ketika berbuka kerana ia kaya dengan khasiat serta mempunyai kandungan air yang tinggi bagi menggantikan air yang hilang pada waktu siang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangka fenomena El Nino akan berterusan hingga pertengahan tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan