Search
Close this search box.
Keadaan kereta dinaiki suspek yang terbalik selepas dikejar polis dalam kes kecurian kabel di Jalan Pasir Mas, Taman Myfair di sini hari ini. Foto IPD Ipoh

Curi kabel: Penjenayah patah tulang selangka kereta terbabas

IPOH, 15 Mac: Seorang penjenayah berusia 58 tahun cedera parah apabila mengalami patah tulang selangka kanan selepas kereta dinaikinya terbalik semasa melarikan diri daripada polis di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, seorang lagi suspek lelaki bagaimanapun berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan berkata, polis sebelum itu menerima laporan berhubung kecurian kabel Telekom Malaysia di Jalan Pasir Mas, Taman Myfair di sini sebelum pasukan dari Balai Polis Pasir Puteh menuju ke lokasi.

Kata beliau, pihaknya mendapati dua lelaki dilihat dalam keadaan mencurigakan disyaki sedang mencuri kabel sebelum mereka melarikan diri dengan kereta Proton Iswara.

“Dua buah kereta peronda polis ditugaskan mengejar suspek sehingga kereta dinaiki mereka terbabas sendiri dan menyebabkan salah seorang suspek tersepit di dalam kereta.

“Seorang lagi berjaya lari, manakala pemeriksaan di dalam kereta menjumpai barang-barang kes curi kabel,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Yahaya berkata, suspek dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi rawatan lanjut sebelum disahkan patah tulang selangka sebelah kanan dan usaha mengesan seorang lagi suspek sedang dijalankan.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Hakim Al Balkhis di talian 011-1125 6246 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengkut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan